Ahad, 27 Mei 2012

Si Die


Mesti semua pelik kan kanape la Syikin letak gambar ni.
Kalau korang semua nak tau, gambar ni menyimpan 1001 rasia.
Gambar ni mengingatkan Syikin pada Si Die.
Mungkin sekarang kami tak dapat lagi bersama macam dulu, tapi tak siapa tahu apa yang akan terjadi pada esok.
Jodoh, ajal, pertemuan semua di tangan Tuhan.
Kita hanya mampu merancang, tapi  Tuhan yang menentukan.
Kalau di takdirkan yang kami sememangnya tak dapat bersama, Syikin doakan agar Si Die bahagia dengan keluarga yang tersayang.
Dan andai perkara itu benar-benar terjadi, semoga Si Die di pertamukan dengan orang yang dapat menjaga dan membawa Si Die ke jalan ALLAH.
Walau hati ini susah untuk berpisah dengan Si die, namun itu lah jalan yang terbaik untuk kami.
'Cari lah cinta yang halal, kerana cinta yang halal akan membawa kita ke syurga.'
Mungkin cinta kami belum tentu halal sebab itu lah kami tak dapat bersama.
Biar pun bersama Si Die begitu indah, tapi indah itu hanyalah sementara.
'Sesungguhnya ALLAH jadikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.'
Mungkin kita bulem cukup baik untuk satu sama lain.
Tempoh pengenalan yang singkat banyak mengajar Syikin erti hidup yang sebenar.
Erti perasaan yang sebenar.
Erti kasih sayang yang sebenar.
Tapi semua itu memberi Syikin satu pengajaran.
Pengajarannya, jangan bercinta masa sekolah.
Hihihihihihihi.
'Kalau betul orang tu sayangkan kita, dia akan tanggu walaupun 1000 tahun lagi.'
Itulah pegangan Syikin.
Kalau betul Si Die sayangkan Syikin, Si Die akan tanggu Syikin habis belajar.
Bercinta memang indah, sampaikan kta lupe mak, ayah dan yang paling penting ALLAH.
Kalau boleh Syikin tak la jadi macam tu sekali.
Biarlah cinta Syikin ni dapat keberkatan dari ALLAH.
Agar Syikin jauh dari segala maksiat.
Kalau sebelum ini Syikin telah buta kerana cinta, biarlah lepas ni Syikin dapat melihat kembali dan tak akan mudah di tipu oleh cinta.
Sekarang ni Syikin cuma nak dekatkan diri dengan ALLAH, mak dan keluarga.
Mungkin waktu Syikin dengan Si Die dulu, telah membuatkan Syikin semakin jauh dengan ALLAH, mak dan kelurga.
Jadi ini lah masa yang perlu Syikin gunakan untuk kembali menjadi diri Syikin yang dulu.
Terlampau banyak perubahan yang berlaku.
Sehinggakan Syikin sendiri pun tak sebar.
Syikin harap Syikin dapat menjadi diri Syikin yang dulu.
AMIN....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan